Gerai Western Paling Sedap Dan Murah Di KL - Acu Cuba Try Test !

Korang pernah sampai ke gerai ni tak ? Petang tadi ingat nak minum saja kat gerai ni. tapi bila tengok meja sebelah rasa meluap- luap pulak selera ni. Buka pula menu, eh! murahnya. Jadi saya nak cerita sikit pengalaman makan di gerai western paling sedap dan murah di KL. Setakat ni ini yang terbaik.

Nama gerai ni ialah Overloaded Western KL. Anda boleh tengok Facebook mereka di sini (klik)





kedai western setiawangsa


Lepas duduk saya lambai tangan panggil waitress. Gerai ni memang selalu ramai orang. Sebab tu sebelumni tak berjaya nak singgah. Sebab parking agak susah. Tapi percayalah, memang berbaloi menunggu parking sebab western food dia sedap.

Nak Tahu Cara Enjoy Makanan Berkolesterol Dengan Lebih Selamat ? Klik sini



Saya tengok Mixed Grill baru Rm16. Lepas tu Chicken Chop baru RM11. Jadi order saya dan wife order sorang satu. Anak pulak order Wafel Madu.

Sorang waitress perempuan. Muka senyum dan mesra. Kami nak french fries tu di cheezy kan. Kalau setengah kedai lain tak nak layan. So waitress ni agak friendly. Di pesan bagitahu nombor meja bila nak bayar di kaunter.



Kami tunggu tak lama lepastu minuman sampai. Dalam lebih kurang 10 minit lepas tu semua makanan kami sampai. 

Pada saya bagi sebuah gerai western, servis macamni sangat cepat. Memang patutla parking selalu penuh. Rasa rungi pulak sebab baru 1st time makan di sini.

Ayam Chicken Chop yang grill dan goreng rasa lembut betul. Kerak dia pun rangup.

Sos lada hitamnya pada sangat perfect. Tak terlalu tawar dan tak terlalu masin. Anak- anak yang tak suka sos lada hitam pun jadi suka dengan menu ni. Sampai menjilat pinggan la gayanya.


Bagaimana Nak Ke Sini ?



Anda boleh pergi ke alamat No.1 Jalan 37/56, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.

Atau anda boleh hubungi dua tauke ni:

  • 012 369 6971 (Amin)
  • 012 698 8502 (Ehsan)

Review Dari Hati

Secara ringkas saya sangat cadangkan anda cuba menu di gerai ni. Servis cepat dan harga pun murah. Cuma anda kena sabar semasa nak dapatkan parking.

Bagus bawa famili makan sebab tak ada WIFI. Tak la anak- anak syik tengok gajet .

Famili time okay !!!!

Sekian saja review saya.


Suka Makanan Berkolesterol ? 
Nak Tahu Cara Enjoy Makanan Berkolesterol Dengan Lebih Selamat ?
(Klik link ini 'Cara Halang Kolesterol')












TAG