3 Sebab Kenapa Orang Bisnes Mesti Mula Buat Bisnes Online Shaklee

Sebelum saya sentap otak anda dengan rahsia kehebatan bisnes online Shaklee, saya nak tanya anda.

Sebagai orang bisnes, apa yang anda nak dengan bisnes anda ? Mestilah modal rendah, untung besar, boleh buka cawangan yang banyak dan bertahan selama- lamanya.



Betol tak ?

Siapa yang tak nak macam tu kan. Tapi hakikatnya majoriti gagal.

Antony Robbins juga sebut yang 96% peniaga pupus selepas 10 tahun. Dan 4 yang masih ada hanyalah sekadar ada. Terlalu sedikit yang mampu berkembang.

Jadi,

Apa Yang Bagus Sangat Tentang Bisnes Online Shaklee Ni ?

Jawapannya, bisnes online Shaklee boleh bagi semua benda yang peniaga nak tanpa modal dan risiko yang besar. Tapi bagaimana ? Boleh percaya ke ?


Modal Rendah

Hanya dengan RM 79.50, anda terus dapat lesen untuk meniaga semua produk Shaklee. Bisnes konvensional seperti butik perlukan sekurang- kurangnya RM 30,000 untuk siapkan kedai dan staf. 

Itu belum mula berniaga. Dah mula datang pulak pejabat buruh, KWSP dan SOCSO. Saya tahu sebab saya pernah buka butik pakaian.

Bebannya hanya peniaga yang tahu.


Tidak Perlu Staf 

Shaklee tidak perlukan and ambil staf. Jadi tiada 'overhead' yang perlu anda bayar. 

Sebab 90% urusan bisnes Shaklee dah buatkan. Dari research, buat produk, branding, packaging, sistem untung rugi dan penghantaran. 

Anda hanya gunakan Shaklee2u untuk menempah, tengok prestasi jualan dan berapa pendapatan anda.

Semuanya dihujung jari. 

Untung Besar

Modal anda hanya sekali iaitu semasa pendaftaran ahli iaitu RM 79.50. Bila gunakan online, pelanggan akan bayar dulu duit termasuk kos pos.

Jadi modal anda untuk produk adalah dari pelanggan. Daripada untung jualan ini pula anda dicadangkan untuk ada sedikit stok untuk pelanggan berdekatan.

Buka Cawangan Tanpa Had

Jumlah pelanggan dari sesuatu kawasan adalah sangat terhad. Jadi lama- kelamaan anda perlu buka cawangan di tempat lain.

Kalau dulu, saya perlukan RM30,000 untuk buka cawangan baru. Kos yang sangat besar. Komitment sewa dan staf semakin tinggi.

Tapi dengan bisnes online Shaklee, anda hanya perlu melatih ahli yang ingin berniaga untuk mengumpul jualan.

Lansung tidak ada modal melainkan minyak kereta untuk jumpa dan ajar mereka untuk lebih mahir. Kebanyakan masa saya hanya ajar menggunakan whatsapp.

Dan anda boleh buka cawangan di setiap daerah dan negeri tanpa had. Untung kan ?

Bisnes Yang Bertahan Sangat Lama

Ada 2 punca pelanggan kembali membeli. Pertama, produk anda adalah jenis keperluan. Walaupun tidak ada duit, mereka akan cari semata- mata untuk membeli dari anda.

Kedua, produk yang tinggi kualiti dan kesan yang terjamin.

Dan Shaklee ada kedua- dua ciri ini. Sebab itu produk Shaklee sangat terkenal sejak lebih dari 20 tahun dulu di Malaysia.

Dan Shaklee sudah bertahan selama 60 tahun di US.

Bayangkan pelanggan anda membeli setiap bulan selama bertahun- tahun sebab rasa kesan hebat dari produk Shaklee.




TAG