3 Syarat Utama Bisnes Menggunakan Blog - Tips Bisnes Online 2017

Bisnes menggunakan blog sangat berkesan. Tetapi mesti ada cara yang betul untuk anda dapat kesan yang maksimum dan lama.

blog bisnes


Anda yang sebelum ini menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran utama pasti faham bila saya menyebut ' kastemer suka survey '. Masalah kastemer yang tak serius dan suka banding harga memeningkan anda.

Jadi ini sebabnya medium blog adalah cara terbaik untuk anda menapis kastemer yang betul- betul nakkan produk anda.

Tapi, apa syarat bagi sesuatu produk itu menggunakan medium blog.

3 Syarat Utama Bisnes Di Blog

3 syarat ini ialah hasil dari pengalaman saya sejak dari tahun 2013 menggunakan blog sebagai medium bisnes yang utama.

Syarat Pertama

Produk anda mestilah mempunyai kredibiliti. Sebab kastemer yang datang dari blog adalah dari golongan yang berpendapatan sederhana dan ke atas.

Mereka ada kesedaran untuk mencuba produk yang selamat, berkualiti tinggi dan berkesan. Mereka akan ada banyak persoalan berkenaan ciri- ciri penting sesuatu produk tersebut.

Syarat Kedua

Anda nak produk anda dibeli sekali atau berkali- kali ?

Jadi, why not anda pilih untuk berniaga produk jenis keperluan. Produk yang menyebabkan kastemer wajib membeli dari anda setiap bulan.

Lagilah dalam ekonomi gawat macamni. Orang 'cut budget' sebab nak makan pun tak cukup.

Pastikan kastemer boleh rasa kesan yang sangat besar pada diri mereka. Dan ini akan membina 'pipeline income' yang terus masuk selama berpuluh tahun.

Syarat Ketiga

Produk anda haruslah tidak ada tandingan. Lagi baik jika lansung tak ada produk yang hampir menyaingi produk anda.

Mengikut KC See, seorang motivator bisnes dan penulis buku yang terkenal, untuk mendapat pendapatan yang tidak putus- putus, anda mestilah mempunyai ' Unique Consumer Product '.

Maksudnya produk anda mesti sangat tinggi kualiti tidak ada persaingan. 

Ini menyebabkan kastemer tidak ada pilihan lain selain untuk membeli produk itu daripada anda.


Konsultansi Bisnes Menggunakan Blog


Sila whatsapp saya ke 0193949873.
TAG